Thursday, October 21, 2010

PembangKang Tak LayaK MemiMpiN NegARa...

Macamana nak memimpin klau Institusi Raja yang menjadi pegangan dan panduan dalam memimpin negara pn depa xboleh nak hormat..klau depa jadi pemimpin negara kita suatu hari nanti lingkup lah Institusi Raja negara kita..ikuti kata2 dari Muhammad Fairus Khairuddin (bekas Timbalan Menteri 1 Pulau Pinang n bekas ahli PKR)

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Sikap pemimpin pembangkang tidak menghormati institusi raja menunjukkan mereka tidak mampu menjadi pemerintah yang baik untuk membina sebuah negara yang harmoni.
Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, antara punca beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Februari lalu adalah kerana kepimpinan parti itu mengetepikan adat dan tatasusila.
“Mereka tidak menghormati raja-raja Melayu. Ini isyarat yang mereka tidak mampu menjadi pemimpin dan tidak mampu memerintah negara dengan baik. Sekiranya mereka tidak menghormati raja-raja, mana mungkin mereka mampu membina keharmonian negara.
“Bagi saya, usaha pembangkang untuk berkuasa bukan setakat angan- angan, ia mimpi kosong, fatamorgana yang Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) tabur hanya untuk mendapat sokongan dan taat setia para penyokongnya,” katanya.
Beliau mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini yang menjelaskan bahawa walaupun parti pembangkang berjaya memperoleh dua per tiga kerusi Parlimen, mereka tidak akan mampu mengubah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa kebenaran Majlis Raja- Raja.
Mohammad Fairus berkata, kekecohan dalam pemilihan peringkat cabang PKR baru-baru ini menunjukkan pemimpinnya tidak mampu mengurus parti dengan baik dan ia jelas memperlihatkan mereka juga bukanlah pemerintah negara yang baik.
Sambil menyifatkan ucapan Najib sebagai membangkitkan semangat dan disampaikan dengan bahasa yang mudah, Fairus menasihati rakan-rakan lamanya yang masih berjuang dalam PKR supaya ‘berhijrah’ kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja mampu mempertahankan kepentingan rakyat berbilang kaum mengikut undang-undang.
“Saya berada lama dalam parti itu dan kenal pemimpin mereka. Saya ingin menyeru rakan-rakan yang masih berada dalam parti itu supaya membuka mata dan melihat lebih jauh kerana ia soal perjuangan agama, bangsa dan negara, bukannya perjuangan individu,” katanya.
Menurutnya, peringatan Perdana Menteri supaya semua perkara yang telah dipersetujui bersama dalam Perlembagaan negara dan kontrak sosial tidak patut dikhianati oleh mana-mana pihak kerana jika ia berlaku rasa hormat antara satu sama lain akan hilang

No comments:

Post a Comment