Macamana nak memimpin klau Institusi Raja yang menjadi pegangan dan panduan dalam memimpin negara pn depa xboleh nak hormat..klau depa jadi pemimpin negara kita suatu hari nanti lingkup lah Institusi Raja negara kita..ikuti kata2 dari Muhammad Fairus Khairuddin (bekas Timbalan Menteri 1 Pulau Pinang n bekas ahli PKR)
KUALA LUMPUR 21 Okt. – Sikap pemimpin pembangkang tidak menghormati institusi raja menunjukkan mereka tidak mampu menjadi pemerintah yang baik untuk membina sebuah negara yang harmoni.
Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin berkata, antara punca beliau meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Februari lalu adalah kerana kepimpinan parti itu mengetepikan adat dan tatasusila.
“Mereka tidak menghormati raja-raja Melayu. Ini isyarat yang mereka tidak mampu menjadi pemimpin dan tidak mampu memerintah negara dengan baik. Sekiranya mereka tidak menghormati raja-raja, mana mungkin mereka mampu membina keharmonian negara.
“Bagi saya, usaha pembangkang untuk berkuasa bukan setakat angan- angan, ia mimpi kosong, fatamorgana yang Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat PKR) tabur hanya untuk mendapat sokongan dan taat setia para penyokongnya,” katanya.
Beliau mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di sini yang menjelaskan bahawa walaupun parti pembangkang berjaya memperoleh dua per tiga kerusi Parlimen, mereka tidak akan mampu mengubah peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa kebenaran Majlis Raja- Raja.
Mohammad Fairus berkata, kekecohan dalam pemilihan peringkat cabang PKR baru-baru ini menunjukkan pemimpinnya tidak mampu mengurus parti dengan baik dan ia jelas memperlihatkan mereka juga bukanlah pemerintah negara yang baik.
Sambil menyifatkan ucapan Najib sebagai membangkitkan semangat dan disampaikan dengan bahasa yang mudah, Fairus menasihati rakan-rakan lamanya yang masih berjuang dalam PKR supaya ‘berhijrah’ kerana UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja mampu mempertahankan kepentingan rakyat berbilang kaum mengikut undang-undang.
“Saya berada lama dalam parti itu dan kenal pemimpin mereka. Saya ingin menyeru rakan-rakan yang masih berada dalam parti itu supaya membuka mata dan melihat lebih jauh kerana ia soal perjuangan agama, bangsa dan negara, bukannya perjuangan individu,” katanya.
Menurutnya, peringatan Perdana Menteri supaya semua perkara yang telah dipersetujui bersama dalam Perlembagaan negara dan kontrak sosial tidak patut dikhianati oleh mana-mana pihak kerana jika ia berlaku rasa hormat antara satu sama lain akan hilang
Thursday, October 21, 2010
Sunday, October 17, 2010
TERUSKAN PERJUANGAN DEMI RAKYAT...PARTI UNTUK RAKYAT...
petikan dari Utusan Malaysia
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.
Perdana Menteri berkata, keutamaan perlu diberikan kepada usaha tersebut kerana sasaran UMNO adalah untuk mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).
Katanya, memang tidak dinafikan langkah itu akan menyebabkan pemimpin dan ahli UMNO terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran tetapi ia tidak harus mematahkan semangat mereka demi masa depan parti.
''Jangan fikir hendak cari jalan di kawasan selamat sahaja sebaliknya kita hendakkan kawasan yang lebih mencabar. Tidak kiralah sekiranya kita dikutuk, dititik dan diragut. Asalkan atas nama perjuangan kita tidak akan berundur tetapi kita terus mara ke hadapan.
Sementara itu, beliau berkata, sudah tiba masanya rakyat perlu diberitahu bahawa segala perubahan serta setiap program yang memberi faedah kepada mereka adalah datang daripada usaha kerajaan BN.
''Selama ini BN tidak terlalu menggambar gemburkan program-program yang memberi faedah kepada rakyat. Tidak seperti pembangkang buatnya tidak seberapa riuhnya sekampung.
''Kita buat jasa setinggi gunung namun orang kurang kenang jasa kita. Oleh itu sudah sampai masanya kita beritahu kepada rakyat jelata bahawa yang membuat perubahan, yang berjasa kepada rakyat dan yang berbudi kepada rakyat ialah parti kita BN,'' katanya.
Sebagai contoh, katanya, langkah kerajaan melanjutkan program pemberian elektrik percuma RM20 kepada sejuta pengguna yang layak.
''Di Selangor baru ada program beri air percuma sudah riuh satu negeri sedangkan kita telah buat lebih daripada itu,'' katanya.
Dalam ucapannya, Najib juga menyentuh mengenai kepentingan BN dan UMNO menjaga hati nurani rakyat secara keseluruhan.
''Kita perlu menjadi parti yang disenangi oleh semua rakyat jelata dan bukan hanya melihat soal dalaman atau kumpulan kita sahaja kerana kita harus sedar dalam amalan demokrasi berparlimen rakyat jelata yang akan mendokong kejayaan kita,'' ujar Najib
Mengenai pembentangan Bajet 2011, beliau berkata, asasnya adalah kesejahteraan rakyat.
''Atas sebab itu, di dalam bajet tersebut saya cuba memasukkan kepentingan semua pihak dalam usaha kita untuk mensejahterakan rakyat. Antara langkah kita menaikkan elaun imam, ketua kampung dan guru KAFA.
''Begitu juga langkah kita memperkenalkan skim pemilikan rumah pertama untuk golongan muda berpendapatan RM3,000 ke bawah,'' katanya lagi.
Wednesday, October 13, 2010
APA NAK JADI....BOLEHKAH ANWAR JADI PM MALAYSIA???
Terkini: Satu Lagi Laporan Polis Salah Laku Seks Anwar
Posted By wak cetuk On 13 Oct 2010.
Berita yang baru sampai ke meja Selangor Daily mengatakan seorang lelaki bernama Rashid telah membuat satu laporan polis terhadap salah laku seks Anwar Ibrahim.
Rashid dikatakan telah membuat laporan polis pagi tadi di Shah Alam.
Jika tidak silap kami Rashid adalah seorang bekas banduan yang pernah sama-sama menjalani hukuman dengan Anwar di penjara Sungai Buloh.
Semasa di dalam penjara Rashid bertindak sebagai tukang urut Anwar. Selepas keluar penjara (tidak pasti siapa dulu dibebaskan) Rashid diambil bekerja di rumah Anwar.
Wan Azizah tidak berpuashati (cemburu) dengan kehadiran Rashid dan mengarahkan Anwar mengeluarkan Rashid dari rumahnya dalam tempoh 24 jam.
Selepas dikeluarkan dari rumahnya, Rashid diletakkan di pejabat PKR di PJ. Selepas pru ke 12 pada 2008, Anwar memindahkan Rashid ke kondominium dimana Saiful diliwat.
Monday, October 11, 2010
Saturday, October 9, 2010
SaLam TaKzIah Kepada KeluArGa DatUk EdMund ChOng...
Takziah kepada keluarga beliau.
Friday, October 8, 2010
PemBoHonGan Lim Guan Eng???
KeNaiKan HargA aIR...bEBAnAN mASyARAkaT PeNanG....
Kenapa Kerajaan negeri Pulau Pinang naik kan Tarif Air Negeri Pulau Pinang???
Semua nyer disebabkan Kerajaan Pulau Pinang xder duit. Kutipan cukai-cukai oleh Majlis Kerajaan Tempatan, MPPP dan MPSP, dan Bekalan Air PP. Itu sahaja sumber utama. Dulu depa ingat boleh pakai resources dari Penang Port; punya banggang sampai tak tahu Penang Port dibawah MOF Inc. Kena naik tarif air la, apa lagi. Itulah keja Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng dah xdak duit mula la nak susahkan rakyat...
Dia naik kan tarif air sebab nak sembunyikan yang pembaziran air tue dilakukan oleh kilang2 cina yang sama bangsa ngan dia...dia nak jaga bangsa dia ja rakyat yang jadi magsa...hantu punya manusia GUAN ENG... Dia juga nak sembunyikan kedudukan kewangan Perbadanan Bekalan Air bagi tahun 2008 dan 2009 yang menunjukkan kemerosotan yang teruk sejak DAP campurtangan dalam pengurusan Perbadanan Bekalan Air di Pulau Pinang...
Jika dirujuk kepada laporan tahunan kewangan Perbadanan Bekalan Air, revenue Perbadanan Bekalan Air P.Pinang tidak selari dengan keuntungan bersih yang diperolehinya pada tahun 2008 dan 2009. Sedangkan, tahun 2007 dan sebelumnya, revenue Perbadanan Bekalan Air dan keuntungan bersihnya sentiasa stabil.
BANTAHAN ISU AIR DI PULAU PINANG....
Subscribe to:
Posts (Atom)